SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang pemandu lori yang dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3 di sini berdasarkan maklumat daripada sebuah video tular.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden tersebut, namun meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pihak berkuasa.
"Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu Taman Permai 3 di sini namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.
"Polis dalam usaha mengenal pasti suspek dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Sebelum ini, sebuah video berdurasi 1.03 minit itu tular memaparkan suspek lelaki secara tiba-tiba mengundurkan lori dipandu secara melulu ke arah kerusi dan meja makan di situ sehingga mengejutkan beberapa pelanggan.
Tindakan lelaki terbabit telah mengundang marah orang awam yang kemudian mengarahkannya untuk beredar. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 05 2023
Tangkap layar video orang awam memarahi tindakan pemandu lori terbabit -Foto Sinar Harian
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
[TERKINI] Anggota MALBATT 850-11 meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman telah disahkan meninggal dunia di Lubnan pada 18 Mei 2024 (Sabtu) jam 2.25 pagi waktu Lubnan atau jam 7.25 pagi
waktu Malaysia.
waktu Malaysia.
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
Dua beradik maut motosikal terlanggar belakang lori
Mohd Husaini dan Muhammad Amirul yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat cedera parah di kepala dan badan.
Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata mereka dikenali sebagai V Raja Kumar, S Agilan dan Suresthiran.
Bakar kereta, dua lelaki ditahan
Terdahulu, polis Seremban menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 19 tahun mengenai keretanya terbakar hampir 50 peratus.
Seorang maut, enam cedera kemalangan babit tujuh motosikal
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Polis kesan pemandu lori cuba rempuh orang awam
Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Kerapu Taman Permai 3, namun tarikh dan waktu kejadian masih dalam siasatan.
Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk
Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik.
Polis tahan suspek bunuh wanita warga emas di Taman Paroi Jaya
Polis menahan seorang suspek lelaki pada Sabtu, dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Paroi Jaya Seremban.
Polis kesan pekerja kilang dipukul majikan
Pada Sabtu, tiga video tular di media sosial yang dua daripadanya menunjukkan seorang lelaki dipukul dengan alat dipercayai kayu.
Lima kenderaan terlibat kemalangan di lebuh raya
Kemalangan pada jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke selatan dipercayai hilang kawalan.
Polis kesan kenderaan, saksi babit kemalangan maut
Polis sedang mengesan kenderaan dan saksi berhubung kemalangan maut membabitkan seorang pelajar Politeknik Merlimau awal pagi tadi.